Melayu
Surah Ar-Rahman ( The Most Graciouse ) - Aya count 78
الرَّحْمَٰنُ
( 1 ) (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
عَلَّمَ الْقُرْآنَ
( 2 ) Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الْإِنسَانَ
( 3 ) Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
( 4 ) Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
( 5 ) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
( 6 ) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
( 7 ) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
( 8 ) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
( 9 ) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
( 10 ) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
( 11 ) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ
( 12 ) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 13 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ
( 14 ) Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
( 15 ) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 16 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
( 17 ) (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 18 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
( 19 ) Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
( 20 ) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 21 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
( 22 ) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 23 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ
( 24 ) Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 25 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
( 26 ) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
( 27 ) Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 28 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
( 29 ) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 30 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
( 31 ) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 32 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
( 33 ) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 34 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ
( 35 ) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 36 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
( 37 ) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 38 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ
( 39 ) Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 40 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ
( 41 ) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 42 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
( 43 ) (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
( 44 ) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 45 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
( 46 ) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 47 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
( 48 ) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 49 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
( 50 ) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 51 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
( 52 ) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 53 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
( 54 ) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 55 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
( 56 ) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 57 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
( 58 ) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 59 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
( 60 ) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 61 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
( 62 ) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 63 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُدْهَامَّتَانِ
( 64 ) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 65 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
( 66 ) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 67 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
( 68 ) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 69 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
( 70 ) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 71 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
( 72 ) Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 73 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
( 74 ) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 75 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ
( 76 ) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
( 77 ) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
( 78 ) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.